FL

Dalam diri ini,ada SEKEPING HATI..dan hati ini ALLAH yang pegang :')

Dalam diri ini,ada SEKEPING HATI..dan hati ini ALLAH yang pegang :')
Kejayaan yang paling INDAH dapat dicapai apabila dapat merasai Nikmat "KEMANISAN IMAN" serta menjadi seorang "MUSLIMAH SOLEHAH" : ♥

Tuesday, May 28, 2013

Siapa ALLAH di hatimu?

Jujur....
"Tanyakan pada hatimu,SIAPA DIA DI HATIMU"..... 


Ayuh sahabat,,,mari sama-sama kita renungkan ....

Dikau gembira, ALLAH SWT yang menghiburkanmu,
Dikau bersedih, ALLAH SWT yang menemanimu,
Dikau dilanda masalah, ALLAH SWT yang menyelesaikannya,
Dikau mempunyai cita-cita,ALLAH SWT yang mengkabulkannya..

ALLAH SWT berpesan kepada nabi:

"....kalau hamba-hamba-KU bertanya kepadamu tentang-KU,katakan AKU ini dekat.."
(al-baqarah,186)


Tetapi...pernah dikau bertanya tentang-NYA?Namun ALLAH SWT tetap duduk dekat denganmu.

"MENGAPA??"

Kerana ALLAH SWT menjaga dirimu dan memberimu makan.Cinta-NYA tidak terhenti di situ sahaja,DIA berpesan pula:

"...Pohonlah kepada-KU,nescaya AKU kabulkan.."
(al-mukmin,60)


Namun selepas memperoleh apa yang dikau pinta,apa yang dikau lakukan?Tahukah dikau bahawa setiap kali dikau bersolat, ALLAH SWT merenungmu,lalu memberitahu dengan bangga kepada para malaikat,

"Lihat hamba-KU sedang menyembah-KU,AKU cinta dan sayang kepadanya dan AKU ampunkan dosanya"

Sedangkan solatmu itupun kerana terpaksa.Semasa sujud,dikau pejamkan mata,tetapi tahukah dikau pada saat itulah ALLAH SWT menumpukan pandangan-NYA kepadamu dengan penuh rasa Cinta-NYA,walaupun DIA sudah berjanji,


"....andai kamu bersyukur,AKU akan tambahkan lagi..."
(Ibrahim,7)


Tetapi dikau tidak juga bersyukur.Namun kerana kasih-Nya yang mendalam,DIA tetap menambahkan kurniaan-NYA buatmu,DIA hanya memberikan satu dosa andai dikau berbuat jahat.Sebaliknya,andai dikau baru sahaja berniat untuk berbuat baik,DIA sudah memberimu satu pahala.Subhanallah..sygnya Allah pada kita....

Sehinggakan saat menjelang kematian,selagi nyawa belum sampai di kerongkong,DIA masih lagi bersedia untuk mengampunkan dosamu,walaupun sepanjang hidupmu berbuat dosa,Mengapa??? Kerana DIA tidak mahu dikau merasakan kesakitan dalam neraka,DIA mahukan dikau bahagia di syurga,
ALLAHU AKHBAR!

''...YA ALLAH,,,Begitu agung-Nya cinta daripada-MU..."

Andai demikian hebat dan agungnya cinta daripada-NYA,apakah tiada ruang untuk dikau semadikan cinta kepada-NYA itu?? Jujur....

"Tanyakan pada hatimu,SIAPA DIA DI HATIMU"..... 

Allah,,,,Allah....Allah...... 

#Sumber : petikan buku " Siapa ALLAH di hatimu? -Ibnu Rijal-

1 comment:

  1. Malunya aku sebagai hambaMU ya ALLAH jika aku tidak mecintaiMU, meletakkanMU yang utama dalam semua hal kernaMu Ya ALLAH memberi segalanya. Dari aku belum lahir, aku dah berjanji padaMu, setelah lahir, menghirup udara dariMu, kurniaan ibubapa dariMu, makan minum dariMu..
    Semoga kita sedar segalanya yang berlaku semua kerana ALLAH. Letakkan ALLAH yang utama dalam setiap perbuatan kita. Sama2 menginsafi diri.. :)

    ReplyDelete