FL

Dalam diri ini,ada SEKEPING HATI..dan hati ini ALLAH yang pegang :')

Dalam diri ini,ada SEKEPING HATI..dan hati ini ALLAH yang pegang :')
Kejayaan yang paling INDAH dapat dicapai apabila dapat merasai Nikmat "KEMANISAN IMAN" serta menjadi seorang "MUSLIMAH SOLEHAH" : ♥

Wednesday, November 28, 2012

Wanita Daripada Rusuk Kiri ?



In The Name of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful
Muqaddimah

﴿ اِقْرَاۡ بِاسْمِ رَبِّکَ الَّذِیۡ خَلَقَ﴾
“Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan”
[al-Alaq : 1]

……………………………………………………………………



“Inna Alhamdulillah, nahbuduhu wa nasta’inuhu wa nastaghfiruhu, wa na’uzubillah min syururi anfusina wa min sayyi’ati a’malina, man^yahdihillahu falaa mudhillalahu, wa man^yudhil falaa hadiyalah, wa ashadu ‘an~la ilaha illa Allah wahdahu la syarikalah, wa ashadu ‘anna Muhammad  ‘abduhu wa rasuluhu. Amma ba’d.”

“Segala puji hanya milik Allah subhana wata’ala, kami memujiNya dan memohon pertolongan padaNya dan ampunan kepadaNya, kami berlindung kepada Allah dari kejahatan diri-diri kami dan kejelekan amalan perbuatan kami. Barangsiapa yang Allah beri petujunjuk, maka tidak ada yang dapat menyesatkannya. Dan barangsiapa Allah sesatkan, tidak ada yang dapat memberi petunjuk kepadanya.
Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan tiada sekutu bagiNya, dan aku bersaksi bahawa Muhammad  itu hambaNya dan RasulNya.”



……………………………………………………………………




Alhamdulillah, pada peluang ini ingin saya kongsikan bersama anda persoalan mengenai wanita adalah daripada rusuk kiri seorang lelaki paling atas yang bengkok.

Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi bersabda: 

"....Layanilah wanita dengan baik dan dengan kebaikan, kerana wanita adalah dicipta dari rusukdan bahagian yang paling bengkok tulang rusuk adalah bahagian atas. Dan jika anda meluruskannya, anda akan mematahkannyadan jika anda membiarkannyaia akan kekal bengkokJadi layanilah wanita-wanita dengan baik. Dan bahagian paling bengkok tulang rusuk[yakni wanita] adalah bahagian atas[kepala]"
[Riwayat Bukhari : 3331, At-Tirmidhi : 1188]

Orang kristian berpendapat bahawa hadis ini menghina wanita, di mana mereka sebutkan bahawa seandainya kita betulkan wanita ini, akan patah. Kalau dibiarkan pula, akan tetap bengkok. Maka lebih baik tidak diendahkan. Mereka membuat andaian bahawa hadis ini menunjukkan wanita itu suatu kecacatan.

Jawapan...

Sebenarnya, tidak disebut baginda Muhammad saw bahawa wanita adalah cacat dalam hadis ini. Malah, jika dikatakan wanita itu cacat, ia bercanggah dengan Firman Allah swt :

"[Adalah Allah]Yang menciptakan tiap-tiap sesuatu dengan sebaik-baiknya"
[Surah As-Sajdah : 7]

Maka, adalah sebuah kejian sekiranya Allah ciptakan wanita itu cacat seperti dikatakan orang kafir itu. Namun sebenarnya ciptaan Allah diciptakan dengan sebaik-baiknya.

Lihat pada sudut perspektif yang akan saya terangkan ini. Wanita diciptakan Allah dengan sifat feminin mereka, sifat lemah lembut mereka, penyayang mereka. Dan seorang lelaki seharusnya menerima seorang wanita itu seadanya, dan menerima sifat semulajadi mereka yang Allah telah tentukan.

   {Dan jika anda meluruskannya, anda akan mematahkannyadan jika anda membiarkannyaia akan kekal bengkokJadi layanilah wanita-wanita dengan baik adalah dimaksudkan bahawa jika seorang lelaki itu menguli wanita itu agar wanita itu menjadi seperti apa yang lelaki itu mahukan, maka wanita tersebut akan "patah". Wanita itu tidak akan sempurna seperti yang lelaki itu mahukan dalam sesuatu aspek. Maka, seharusnya wanita dilayan dengan kesabaran, anda seharusnya bersabar untuk memahami wanita, kerana mereka merupakan ciptaan yang indah. Namun jika dipaksa juga, maka wanita ini akan "patah" seterusnya penceraian akan terjadi. 

   {Dan bahagian paling bengkok tulang rusuk[yakni wanita] adalah bahagian atas[kepala]}. Di sini, dijelaskan bahawa bahagian wanita yang paling sukar untuk 'diluruskan' adalah kepalanya, iaitu pemikiran mereka, emosi mereka dan sebagainya. Cukup mendalam sabda nabi saw ini sebenarnya. Dalam bahasa yang mudah adalah, wanita ini sukar untuk difahami emosi mereka, perasaan mereka oleh pihak lelaki. Kerana pada lelaki, cara pemikiran lelaki berbeza daripada wanita. Anda akan melihat bahawa sering terjadi pergaduhan dalam rumah tangga kerana suami tidak memahami kehendak dan pemikiran isterinya.

   Pemikiran wanita ini tidak dapat 'diluruskan' oleh lelaki mengikut kehendak apa yang lelaki idamkan, dan lelaki seharusnya menerima pemikiran pihak wanita..kerana 'kepala' mereka ini adalah mudah patah jika diluruskan. Maka, bersabarlah dalam mendidik wanita, kerana wanita punya hati yang lembut.

Rusuk melindungi jantung dan paru-paru

Dalam ilmu biologi, rusuk merupakan suatu tulang yang melindungi organ dalaman iaitu jantung dan paru-paru. Wanita diumpakan sebagai rusuk untuk memuliakan mereka. Seandainya rusuk ini diluruskan, atau dipatahkan, maka jantung dan paru-paru lelaki ini akan terdedah kepada ancaman. Maka, untuk elakkan daripda organ lelaki ini cedera, maka lelaki ini haruslah menjaga rusuk mereka sebaiknya.

   Diandaikan bahawa anda akan dipukul, untuk melindungi jantung anda daripada kesakitan, semestinya...anda akan melindungi "RUSUK" anda dahulu, kerana jika rusuk ini bengkok atau patah ke dalam..maka ia akan menyakitkan anda.

   Begitu jugalah anda harus menjaga wanita yang diciptakan Allah ini yang begitu unik sekali. Mereka seharusnya difahami, bukan dilahirkan semata-mata untuk mengikut kehendak anda sahaja. Allah menjadikan ciptaanNya begitu baik tanpa ada cacat. Maka Segala Pujian Milik Allah swt. 

"Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya)."
[Surah At-Tin : 4]


p/s : Jom sama-sama kita hayati bait-bait lagu "WANITA - DeHearty"



Heart Purification








Tuesday, November 27, 2012

7 Perkara Untuk Mulakan Hari Anda :)





Perkara terbaik yang anda patut lakukan di waktu pagi, adalah :

1. Bersyukur, bersyukur, bersyukur.
Bersyukurlah sebab anda masih diberi peluang untuk meneruskan hidup, anda juga masih ada kesempatan untuk melakukan yang terbaik hari ini, lebih baik dari yang kelmarin.

2. Tekad Bermotivasi.
Pasang niat dalam hati yang anda mahu jadi bersemangat sepenuhnya. Ambil beberapa artikel-artikel motivasi pendek dan baca dalam seminit dua.
Di waktu awal pagi, jangan buka email,jangan baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Sebab, ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang hari.

3. Dekatkan Diri Dengan Sesi Motivasi.
Ikuti sesi-sesi motivasi di media, misalnya Motivasi Pagi di TV3 dan sesi motivasi Dr Izzy di Hot FM atau dilaman web Kuliyyah.net. Luangkan masa 3-5 minit memberi motivasi pada diri sendiri melalui sesi-sesi motivasi pendek ni.
Motivasi harus dijaga, sebab kalau tak di jaga ia mudah turun. Kesannya, anda menjadi tidak bersemangat, lemah longlai dan lemas.


4. Dalam Apa Jua Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah.
Bila anda mula punch card nak masuk kerja, baca bismillah, moga anda dijauhkan dari bisikan syaitan yang membuat anda lalai, mengantuk, macam tak cukup ‘cas betri’ saja.
Andai kata anda seorang pelajar, bermula dari nak masuk kelas, duduk di kerusi anda dan mula nak bukak buku, mulakan semuanya dengan bismillah. Moga apa jua yang anda lakukan mendapat keberkatan.
Masuk saje ke dalam kelas, pasang niat anda mahu menuntut ilmu. Bila istiqamah melakukannya, anda punya peluang cerah untuk menjadi cemerlang!

5. Set Target Kemajuan Diri Sendiri
Ini juga kurang dititikberatkan. 
Bila dah keluar rumah sama ada ke kelas atau ke tempat kerja, kita tak tahu apa yang kita nak capai hari tu. Betul tak?
Kita hanya nak sampai di sana, bekerja (atau menghadiri kelas) lepas tu nanti petang balik rumah, berehat, makan, minum, pastu tidur. Esok pagi, bangun dan perkara sama berulang lagi.
Hidup Anda bagai dalam 1 bulatan, situ-situ saja.
Mulai hari ini, ubah sikap anda. Set target apa yang anda mahu capai, lagi best setkan untuk setiap hari.
Andai anda seorang pelajar, set target berapa bab yang anda nak ulangkaji, berapa buah buku yang anda nak baca dalam minggu ni, berapa soalan anda nak bertanya pada lecturer atau guru anda nanti.
Andai anda seorang usahawan, set target berapa jualan yang anda nak capai hari ini dan berapa keuntungan yang anda nak dapat hasil dari bisnes anda. Set juga apa yang anda nak pelajari hari ni dalam bidang bisnes anda.
Andai anda seorang pekerja, set berapa tugas yang anda nak siapkan dan set limit masa untuk anda menyiapkan segalanya. Kecekapan seorang pekerja di nilai dari kepantasan, ketepatan dan kekemasan.

6. Lihat Warna Cerah
Warna boleh mempengaruhi mood. 
Warna cerah membuat kita jadi energetik, ceria dan penuh dengan idea.
Setiap hari, lihat warna-warna yang cerah seperti kuning, merah, biru dan hijau. Cara ni saya dah test sendiri, berkesan sungguh!
Dekatkan diri dengan benda-benda berwarna cerah sebab ia mampu merubah mood anda menjadi positif.


7. Penuhkan Hati Dengan Kemaafan
Lepaskan segala yang dulu-dulu. Maafkan orang diwaktu pagi, maafkan kesalahan semuanya dari dulu sampai sekarang.
Lepaskan dendam, rasa tak puas hati, geram, sakit hati dan yang sewaktu dengannya.
Andai emosi-emosi negatif ni bersarang di hati (walaupun sedikit) ia menghalang motivasi. Kesannya, anda jadi orang yang tak bersemangat langsung.
Lebih teruk, anda jadi orang yang berfikiran negatif, hanya nampak yang negatif dalam diri setiap orang, setiap situasi dan setiap benda.

Anda mesti berubah untuk kemajuan diri.
Berani Berubah Untuk Kecemerlangan Hidup.


Tip Meringankan Tekanan Apabila Ditimpa Ujian Atau Musibah












1. Penghapusan dosa

Ingatlah segala ujian atau tekanan hidup yang berlaku itu bertujuan menghapuskan dosa. Firman Allah s.w.t yang bermaksud " Dan apa jua yg menimpa kamu daripada sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia disebabkan apa yg kamu lakukan (drpd perbuatan - perbuatan salah dan dosa) ; dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar daripada dosa-dosa kamu." (Surah As-Syura 42:30)

2. Meningkatkan darjat

Ingatkan hati bahawa musibah itu akan menyebabkan seseorang mendapat darjat yang tinggi di sisi Allah s.w.t.

3. Mengingati Allah

Menjadi kelaziman manusia lebih kerap mengingati Allah semasa ditimpa kesusahan berbanding semasa sewaktu senang.

4.  Mensyukuri nikmat

Bayangkan nikmat-nikmat yg telah diberikan Allah s.w.t sebelum ini daripada terus meratapi musibah yg dihadapi.

5. Berasa ujian kita lebih ringan.

Mengingatkan diri bahawa ujian yg diterima oleh kita terlalu kecil berbanding apa yg menimpa org lain, malah penderitaan orang itu jauh lebih berat daripada apa yg sedang dideritai itu.

6. Allah menyayangi kita.

Ujian yg berlaku merupakan tanda Allah cinta kepada hambaNya. Sabda Nabi s.a.w yg bermaksud " Barang siapa dikehendaki Allah baginya kebaikan, maka akan diberikan cubaan padanya." ( Riwayat Al-Bukhari)

Monday, November 26, 2012

Doaku Untukmu Sahabat


بسم الله الرحمن الرحيم


Bismillahirrahmanirrahim....
Ya Allah..panjangkanlah umur sahabatku,
Kurniakanlah kesihatan yang baik padanya,terangi hatinya
dengan pancaran nur iman.


Ya Allah...tetapkanlah hatinya,perluaskanlah rezekinya,dekatkanlah hatinya
kepada kebaikan,jauhkanlah hatinya pada kejahatan,tunaikanlah
hajatnya baik hajat dalam agama,dunia dan akhirat..


Ya Muhaimin.....jika dia jatuh hati izinkanlah menyentuh hati seseorang yang
hatinya terpaut padaMu agar dia tidak terjatuh
ke dalam jurang cinta nafsu..
Ya Rabbana...jagalah hatinya agar tidak berpaling daripada
melabuhkan hatinya padaMu..


Ya Rabbul Izzati...jika dia rindu,rindukanlah dia pada seseorang
yang meridui syahid di jalanMu..
Ya Allah Yang Tercinta..kurniakanlah sahabatku kesenangan,
ketenangan,kebahagiaan,dan kecemerlangan
hidup di dunia dan akhirat kelak..
Ya Rabbul Izzati..bahagiakanlah hatinya sebagaimana
Engkau bahagiakan hati hamba-hambaMu
yang lain...



..Amin..




والسلام

Nikah Khitbah : Tiket untuk "Bercouple Cara Halal".






Dalam adat Melayu perkahwinan dimulai dengan pertunangan sedangkan mengikut cara yang diamalkan dalam masyarakat dulu iaitu nikah gantung adalah lebih menepati maksud khitbah dalam Islam bukannya bertunang. Ada orang yang menyamakan khitbah dalam Islam sebagai pertunangan adalah tidak tepat. Akibat dari cara khitbah yang salah telah menjadikan pertunangan sebagai asas untuk menghalalkan “coupling” (dulu disebut berdua-duaan atau merendek) antara lelaki dan wanita.
Ada yang memberi alasan untuk ber’couple’ dulu atau bertunang dulu untuk kenal mengenali satu sama lain sedangkan hubungan perkahwinan bukan isu hukum “cuba-cuba” atau “trial and error”. Ia adalah satu amanah dalam Islam. Ramai di kalangan remaja pernah mengatakan, “Alah, takkan tak boleh couple ustaz, kita ni bukan hidup zaman dulu lagi. Lagipun bukan buat apa-apa, untuk suka-suka aje!”. Ada yang berkata, “Bertunang boleh kenal hati budi, kalau tak sesuai boleh putuskan tapi kalau dah kahwin susahlah, nak bercerai malu!”
Isunya: Siapa kata tak boleh coupling? Nak bercouple, couplelah, tapi kena dengan cara yang halal, iaitu bernikah!.
Apabila persoalan nikah ini diutarakan, ramai yang akan memberikan respon yang skeptik. “Saya belum bekerja!”, “Saya masih belajar!”, “Mana nak cari duit buat belanja kahwin?”, “Ni bukan main-main, nak bagi anak orang makan apa?”, “Mak Ayah tak bagi!”, “Nak tinggal kat mana? Sapa yang nak bayar sewa rumah” dan 1001 alasan lagi. Kenapa mereka boleh beralasan untuk melakukan perkara yang halal, tetapi tidak langsung mengemukakan alasan untuk melakukan perkara yang haram? Jawapan saya bagi segala persoalan tersebut, mudah sahaja, “Kamu wajib berkhitbah!”.
Khitbah
Secara literalnya, ia membawa maksud “bertunang”. Bertunang menurut adat dan pengamalan orang Melayu adalah perjanjian di antara dua orang insan untuk berkahwin melalui proses ritual tertentu. Definisi itu jugalah yang terdapat dalam pengamalan fiqh klasik dan juga di zaman Rasulullah s.a.w. Definisi ini jugalah yang diamalkan oleh orang-orang Melayu di Malaysia. Malangnya, disebabkan kejahilan masyarakat, hubungan pertunangan yang sekadar perjanjian semata-mata ini, akhirnya dianggap sebagai upacara untuk menghalalkan perhubungan di antara dua pihak yang bertunang. Lebih dahsyat lagi, ada di antara ibu bapa yang menyangkakan bahawa bertunang bermaksud “separuh berkahwin”. Ada pasangan yang bertunang, berpelesiran, berpegangan tangan dan juga bermadu asmara akan cuba menjustifikasikan tindakan tersebut dengan ikatan pertunangan serta mendapat restu ibu bapa kedua-dua belah pihak. Lebih menyedihkan ada yang bertunang kemudian ber’coupling’ berakhir dengan keterlanjuran, kemudian putus dengan pelbagai alasan.
Khitbah menurut pengamalan orang Arab moden, terutamanya di Jordan pula amat berbeza dengan pengamalan orang bertunang secara klasikal dan juga pengamalan orang Melayu. Ia merupakan “akad nikah” dalam erti kata yang sebenar. Akad khitbah di dalam masyarakat arab pada realitinya merupakan akad nikah. Seperkara yang membezakan di antara akad nikah dan khitbah ialah kedua-dua pasangan khitbah tidak tinggal bersama sehinggalah selesai majlis perkahwinan dijalankan. Pada dasarnya, mereka berdua adalah suami isteri dan halal untuk melakukan apa sahaja yang difikirkan untuk mereka melakukannya. Di dalam masyarakat kita, pernikahan tersebut diberikan nama “nikah gantung” (bunyinya amat mengerikan?).
Jika ditukarkan nama “nikah gantung” tersebut kepada “nikah khitbah” tentu konotasi terhadap kontrak tersebut tidaklah mengerikan. Bunyinya pun agak “islamik”. Jika ia dapat diamalkan oleh kebanyakan pemuda pemudi kita hatta yang janda, duda atau yang nak berpoligami serta yang dilanda asmara dan cinta serius berkemungkinan ia boleh menyelesaikan banyak perkara yang mereka hadapi.
Nikah adalah untuk menghalalkan perhubungan dan juga membina kematangan. Yang utamanya, kedua-dua pasangan sudah halal dan sudah boleh bersama dan melakukan apa sahaja. Bunyinya agak mudah, namun realitinya tidak demikian. Sudah pasti ada ibu bapa tidak akan bersetuju. Dalam hal ini, anjakan paradigma oleh para ibu bapa amat diperlukan. Ibu bapa perlu sedar zaman anak-anak mereka kini bukanlah seperti zaman mereka dahulu. Zaman kini fitnahnya berleluasa dan kerosakan moral telah menggila. Lihatlah apa yang berlaku di seluruh tanah air, rasanya pendedahan oleh media massa mengenai aktiviti pengguguran cukup merisaukan banyak pihak. Apakah ibu bapa mengharapkan anak-anak mereka menjadi malaikat yang tidak terpengaruh dengan suasana persekitaran, rancangan-rancangan hiburan dan bahan-bahan literasi menjurus ke arah maksiat dan nafsu.
Sudah sampai waktunya para ibu bapa moden membuat anjakan paradigma. Mereka hendaklah menerima realiti jahiliah moden yang menggila ini. Mereka menghadapi dua jalan penyelesaian, sama ada menerima arus liberal dan sekular yang menghalalkan segala perhubungan bebas di antara dua jantina, dan kemudian mereka yang akan menanggung malu. Atau pilihan kedua, iaitu untuk membenarkan anak-anak mereka menikmati alam percintaan dengan cara yang halal, iaitu melalui ikatan perkahwinan. Walau bagaimanapun, membenarkan anak-anak mereka bernikah di dalam ini adalah satu risiko. Maka di sinilah peranan ibu bapa moden untuk membantu anak-anak mereka mengurangkan risiko tersebut demi menyelamatkan agama dan maruah mereka.


Apakah Kita Memerhatikan Hati?



Hati itu adalah ibu kepada diri.Kerana hati adalah raja.Sekiranya rosak hati,maka segalanya juga akan rosak.

   Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyer,menyatakan, "Aku mendengar Rasullullah menyatakan,


       "Sesungguhnya perkara yang halal itu jelas.Antara kedua-dua perkara itu ada perkara-perkara subahat yang samar dan kebanyakan orang tidak mengetahuinya.Orang yang menjaga perkara subahat,maka sesungguhnya dia sudah membersihkan agamanya dan maruah dirinya.Orang siapa yang terjatuh dalam perkara subahat,maka dia sudah jatuh dalam perkara haram.Dia umpama penggembala yang menggembala di sekeliling kawasan larangan,dibimbangkan dia akan menceroboh masuk ke dalamnya.Ketahui yang setiap raja mempunyai sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu adalah perkara-perkara  yang diharamkan Dia.Ketahui yang di dalam  setiap jasad itu ada seketul daging.Apabila ia baik,maka baiklah seluruh jasad.Apabila ia rosak maka seluruh jasad  juga rosak.Itu adalah hati."


Hadis ini direkodkan daripada Bukhari dan Muslim.

Maka,apakah kita yang mahu mencintai orang yang lain,yang mahu membina rumah tangga,dan yang mahu membawa seseorang ke syurga-Nya,tidak mahu membina jiwa kita?
Tidak mahu memberikan makanan kepada rohani kita?

   Hati yang kontang,tidak mampu menyuburkan jiwa yang lain.Ini adalah kerana jikalau kita mahu memberikan "kesan" kepada hati orang,kita perlu mempunyai jiwa yang sentiasa dibersihkan.

   Justeru,bagaimana kita mahu memimpin orang yang kita cintai,sekiranya hati kita gelap?


-Renung-renungkan-




"SEBELUM AKU BERNIKAH"~Hilal Asyraf

Antara Cinta,Nafsu & Taubat

                  بسم الله الرحمن الرحيم


Dalam sebuah hadis, diriwayatkan tentang seorang
penjahat yang ingin bertaubat. Ia masuk ke masjid.
Ketika itu Rasulullah S.A.W sedang mengimamkan solat.
Setelah menunaikan solat mereka berbincang-bincang dan
penjahat yang ingin bertaubat itu mendengar Rasulullah
S.A.W berkata, "Barangsiapa yang meninggalkan sesuatu
yang haram maka akan memperolehinya ketika sudah
halal."

Setelah Rasulullah S.A.W dan para sahabat bersurai,
pemuda itu turut meninggalkan masjid. Hatinya masih
ragu untuk mengutarakan taubatnya. Namun ucapan Nabi
tadi amat terkesan di hatinya.

Malam pun menjelang. Suasana yang sering menggoda
dirinya untuk melakukan keburukan. Tiba-tiba dia
berhasrat untuk merompak salah sebuah rumah yang
dihuni oleh seorang janda. Ternyata di rumah janda itu
terdapat banyak makanan yang enak dan pasti mengundang
selera. Ketika dia sedang memulakan suapannya
tiba-tiba dia teringat kata-kata Rasulullah S.A.W.
siang tadi. Akhirnya dia tak jadi makan.

Tatkala beranjak ke bilik ke bilik lain, dia menjumpai
perhiasan dan wang yang banyak. Dan ketika dia hendak
mengambilnya, sekali lagi dia teringat kata-kata
Rasulullah S.A.W. Lalu dia membatalkan niat jahatnya.
Setelah itu dia masuk pula ke sebuah bilik yang besar.
Didapatinya janda mu'minah itu sedang terbaring tidur
dengan lenanya. Apabila ternampak wajah janda yang
cantik dan rupawan itu, dia tergoda dan bermaksud
untuk melampiaskan nafsunya. Namun tiba-tiba dia
teringat kembali kata-kata Rasulullah S.A.W tadi.
Barangsiapa yang meninggalkan sesuatu yang haram ia
akan memperolehi barang tersebut ketika ia sudah
halal.

Akhirnya, sekali lagi beliau membatalkan niat
jahatnya. Lalu dia pergi meninggalkan rumah itu dengan
hati yang lega kerana mampu mengalahkan nafsunya.

Fajar mula menyinsing. Penjahat tadi pergi menunaikan
solat subuh di masjid. Kali ini dia bertekad, dia akan
bertaubat di hadapan Rasulullah S.A.W. Setelah solat,
beliau duduk menyendiri di satu sudut masjid, merenung
kembali peristiwa yang baru dialaminya malam tadi. Dan
menghitung betapa besar dosanya andai perbuatan itu
dilakukan.



Ketika matahari terbit datanglah seorang wanita ke
masjid dan menceritakan kepada Rasulullah S.A.W.
kejadian semalam di rumahnya. Walaupun tiada barang
yang hilang namun beliau khuatirkalau-kalau pencuri
itu datang menyelidik semalam dan akan datang lagi
malam nanti. Wanita itu juga memohon kepada Rasulullah
S.A.W. agar sudilah mencarikan seorang yang sanggup
menjaga rumahnya. "Kenapa kau hidup sendirian?" tanya
Rasulullah S.A.W padanya. Wanita itu menjawab bahawa
suaminya telah meninggal dunia.

Rasulullah S.A.W mengarahkan pandangannya kepada
seorang yang sedang duduk menyendiri di satu sudut
masjid. Rasulullah S.A.W bertanya pada lelaki tersebut
(penjahat tadi), adakah beliau sudah beristeri?

Setelah Rasulullah S.A.W mengetahui bahawa lelaki itu
telah kematian isterinya, maka baginda menawarkannya
seorang calon isteri. Lelaki itu terdiam begitu juga
janda yang mengadu tadi. Mereka sama-sama malu. Tetapi
Rasulullah S.A.W yang arif kemudian mengikat kedua
insan itu menjadi suami isteri yang sah. Dan, pecahlah
tangis lelaki itu, lalu diceritakannya kepada
Rasulullah S.A.W peristiwa yang sebenarnya, dan bahawa
pencuri itu tidak lain adalah dirinya sendiri.

Wanita itu keluar dari masjid dari masjid diiringi
lelaki yang kini telah menjadi suaminya. Mereka
berjalan beriringan menuju rumah yang malam tadi
hampir dicerobohinya. Disana makanan-makanan yang enak
masih utuh seperti yang dilihatnya malam tadi. Bezanya
sekarang, makanan itu sudah tidak haram lagi. Maka
tanpa ragu-ragu makanan itu disantapnya.

Wang, emas dan perhiasan yang hendak dicuri, kini
sudah menjadi miliknya yang halal. Bahkan dia boleh
menggunakannya untuk berniaga, tanpa haram sedikitpun.
Sementara wanita cantik yang hampir dinodainya
semalam, kini benar-benar sudah menjadi isterinya...
berkat kemampuannya menahan nafsu syaitannya.

Lelaki itu berbisik sendiri dalam hati, "Benarlah
sabda Rasulullah S.A.W, barangsiapa meninggalkan yang
haram maka ia akan memperolehinya ketika ia sudah
menjadi halal."



Demikian indah Islam mengajar erti cinta. Cinta yang
tidak diliputi keraguan, cinta yang menimbulkan rasa
tenteram, cinta yang menumbuhkan kedamaian, cinta yang
menyuburkan keimanan dan ketaqwaan. Cinta yang apabila
kita meneguknya akan diperolehi kenikmatan yang lebih
dalam lagi.



Marilah kita menjenguk dan menyemak hati kita.
Masihkah ada cinta di sana? Sudahkah kita mengemas
cinta kita dengan kemasan Cinta Rabbani dan memberi
label halal di atasnya? Dan sudahkah kita
menyingkirkan cinta syahwat yang akan menjerumuskan
kita dalam petaka yang berpanjangan?