FL

Dalam diri ini,ada SEKEPING HATI..dan hati ini ALLAH yang pegang :')

Dalam diri ini,ada SEKEPING HATI..dan hati ini ALLAH yang pegang :')
Kejayaan yang paling INDAH dapat dicapai apabila dapat merasai Nikmat "KEMANISAN IMAN" serta menjadi seorang "MUSLIMAH SOLEHAH" : ♥

Tuesday, May 28, 2013

Bicara Soal Hati

.."Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang apabila disebut nama ALLAH SWT,makagementarlah hati mereka"..


"Bagaimana hatimu sekarang?"
Sudah terang atau masih gersang?...
Sahabat,hati menurut Imam Al-Ghazali,terdiri daripada pelbagai kategori..

..Pertamanya..

"Hati yang sejahtera"..
.Hati yang mendambakan pertemuan dengan tuhanNya dalam keadaan saling mereda..

..Seterusnya..

"Hati yang sakit".
Hati yang berbolak-balik serta menyembunyikan kekafiran,namun menzahirkan keimanan..

..Dan lagi...

"Hati yang mati".
.Inilah hati yang dikunci rapat oleh ALLAH SWT daripada hidayah..Nasihat bagimereka hanyalah umpama memasak di atas kuali yang tidak berapi.Ibarat mencurah air ke daun keladi.Golongan manusia yang mati hatinya,matanya akan buta untuk melihat betapa hebat dan agungnya setiap
ciptaan ALLAH SWT.Telinganya pula akan tuli daripada mendengar nasihat,pedoman serta ayat-ayat
tuhan yang disampaikan.

Kata Imam ibn Qayyim al-Jauziyyah,

Sukatlah hatimu dalam 3 keadaan..

"Sewaktu mendengar bacaan Al-Quran,apa yang dikau rasa?"
"Sewaktu melihat kematian,apa yang dikau rasa?"
"Sewaktu melihat saudara seagamamu dizalimi,apa yang dikau rasa?"

Andai dikau tidak berasa apa-apa dalam ketiga-tiga keadaan tersebut,maka carilah hati!
Ini kerana sesungguhnya dikau tidak mempunyai hati..
Allahurabbi.....Allah....Allah.
.


Sukat serta nilailah bagaimana pula dengan hatimu?
Hanya hati yang terisi dengan cahaya Rabbi akan merasakan getaran dalam ketiga-tiga keadaan itu..

.."Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang apabila disebut nama ALLAH SWT,makagementarlah hati mereka"..

Andai dikau tidak ketemu sebarang rasa syahdu,sebarang getaran dalam hatimu apabila melalui
tiga masa itu,maka carilah hatimu yang sebenar,yang disembunyikan duniawi.Semoga dikau dapat
mengecapi kebahagiaan sejati..

...Lalu..tanyakan hatimu wahai sahabat,siapa DIA di hatimu?..................

Sumber : petikan buku "siapa Allah di hatimu"

No comments:

Post a Comment