FL
Dalam diri ini,ada SEKEPING HATI..dan hati ini ALLAH yang pegang :')
Kejayaan yang paling INDAH dapat dicapai apabila dapat merasai Nikmat "KEMANISAN IMAN" serta menjadi seorang "MUSLIMAH SOLEHAH" : ♥
Monday, November 26, 2012
Apakah Kita Memerhatikan Hati?
Hati itu adalah ibu kepada diri.Kerana hati adalah raja.Sekiranya rosak hati,maka segalanya juga akan rosak.
Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyer,menyatakan, "Aku mendengar Rasullullah menyatakan,
"Sesungguhnya perkara yang halal itu jelas.Antara kedua-dua perkara itu ada perkara-perkara subahat yang samar dan kebanyakan orang tidak mengetahuinya.Orang yang menjaga perkara subahat,maka sesungguhnya dia sudah membersihkan agamanya dan maruah dirinya.Orang siapa yang terjatuh dalam perkara subahat,maka dia sudah jatuh dalam perkara haram.Dia umpama penggembala yang menggembala di sekeliling kawasan larangan,dibimbangkan dia akan menceroboh masuk ke dalamnya.Ketahui yang setiap raja mempunyai sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu adalah perkara-perkara yang diharamkan Dia.Ketahui yang di dalam setiap jasad itu ada seketul daging.Apabila ia baik,maka baiklah seluruh jasad.Apabila ia rosak maka seluruh jasad juga rosak.Itu adalah hati."
Hadis ini direkodkan daripada Bukhari dan Muslim.
Maka,apakah kita yang mahu mencintai orang yang lain,yang mahu membina rumah tangga,dan yang mahu membawa seseorang ke syurga-Nya,tidak mahu membina jiwa kita?
Tidak mahu memberikan makanan kepada rohani kita?
Hati yang kontang,tidak mampu menyuburkan jiwa yang lain.Ini adalah kerana jikalau kita mahu memberikan "kesan" kepada hati orang,kita perlu mempunyai jiwa yang sentiasa dibersihkan.
Justeru,bagaimana kita mahu memimpin orang yang kita cintai,sekiranya hati kita gelap?
-Renung-renungkan-
"SEBELUM AKU BERNIKAH"~Hilal Asyraf
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment